Berita / Akhbar

TAHNIAH KEPADA DUA ATLET MBK TERENGGANU

on .

Tahniah & syabas diucapkan kepada 2 atlet MBK Terengganu yang berjaya dalam Kejohanan Balapan & Padang Pekak Semalaysia di Kluang, Johor Anjuran Persatuan Pekak Malaysia. 


1) Mohd Nizal Hairee B. Mohd Badrisah,

    SMK Ibrahim Fikri telah mendapat 3 Emas bagi acara 4X100m, 4X400m dan Lempar Cakera.

2) Nur Shahdan B. Mohamad,

    SMK Ibrahim Fikri telah mendapat 3 Emas bagi acara 4X100m, 4X400m dan 200m, dan 2 Perak bagi acara Lompat Tinggi dan 400m.

 

Maklumat awal yang diterima dijangkakan kedua-dua atlet ini akan mewakili Malaysia ke Samsun, Turki pada Julai 2017.

 

Manakala seorang atlet wanita iaitu Norfaezah Bt Abdullah telah terpilih sebagai Olahragawati Kejohanan dengan mendapat kutipan 2 pingat emas dalam acara 100m & 200m.

 

Tuan Haji Shafruddin Ali Hussin,Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu merakamkan tahniah dan syabas kepada atlet yang berjaya dan juga kepada semua pihak yang bertungkus lumus berusaha dan menyumbang bakti bagi memastikan kejayaan ini tercapai.

 

 

Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Jalan Bukit Kecil,20604 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.
Tel : 09-6213000. Faks : 09-6238415. Emel : jpnt@moe.gov.my

Web site : http://jpnterengganu.moe.gov.my

Terima kasih kerana mengunjungi Laman Web JPNT
JPN Terengganu tidak bertanggungjawab bagi apa - apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana - mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini

© Hakcipta terpelihara JPN Terengganu 2014. Designed by Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu