Berita / Akhbar

PELAJAR TINGKATAN 5 RANGKUL DUA EMAS ANGKAT BERAT KEBANGSAAN

on .

Kuala Nerus – Seorang pelajar Tingkatan 5 SMK Chung Hwa Wei Sin, Kuala Terengganu berjaya merangkul dua pingat emas dalam Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan 2017 di Kompleks Sukan Gong Badak, di sini, pada Isnin.

Mohd Asrul (tengah) memenangi 2 emas pada Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan.

 

Mohd Asrul Nordin, 17, memenangi acara snatch dan clean & jerk bagi kategori remaja 69kg dengan angkatan masing-masing seberat 100kg dan 126kg.

Bagaimanpun, Mohd Asrul menganggap kemenangan itu sebagai rezeki walaupun beliau sudah menjangkakan akan memenangi acara tersebut kerana cabaran yang diterimanya kali lebih sengit berbanding kejohanan-kejohanan terdahulu.

“Cabaran pada kejohanan kali ini begitu sengit. Saya terpaksa bersaing dengan peserta yang lebih berpengalaman terutamanya dari Majlis Sukan Negara (MSN) yang merupakan atlet angkat berat kebangsaan,” katanya selepas majlis penyampaian hadiah.

Hadiah berupa medal disampaikan oleh Presiden Persatuan Bina Badan & Angkat Berat Terengganu, Mohd Sharafuddin Mustaffa.

Sementara itu, Mohd Sharafuddin berkata, tiga atlet negeri itu kini dalam senarai pendek Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) untuk ke Sukan Olimpik Remaja (YOG) di Buenos Aires, Argetina, tahun depan.

“Mereka adalah Muhamad Azfar Kamaruddin (69kg), Nur Shafikah Samsuddin (69kg) dan Siti Noralyaa Mat Marzuki (48kg).

Ketiga-tiga mereka juga akan beraksi di Kejuaraan Remaja Dunia di Bangkok, Thailand, April ini,” katanya.

 

Sumber : Terengganu Times, 21 Mac 2017

Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Jalan Bukit Kecil,20604 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.
Tel : 09-6213000. Faks : 09-6238415. Emel : jpnt@moe.gov.my

Web site : http://jpnterengganu.moe.gov.my

Terima kasih kerana mengunjungi Laman Web JPNT
JPN Terengganu tidak bertanggungjawab bagi apa - apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana - mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini

© Hakcipta terpelihara JPN Terengganu 2014. Designed by Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu