Berita / Akhbar

TAHNIAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN TERENGGANU – MENTERI MAHDZIR KHALID

on .

Mahdzir Khalid menerima cenderamata selepas Program Jelajah Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia 2017 Peringkat Negeri Terengganu di Mydin Mall

26 Mac 2017 - Menteri Pendidikan Dato’ Seri Mahdzir Khalid mengucapkan tahniah kepada negeri Terengganu yang terus menunjukkan prestasi cemerlang dalam kesemua peperiksaan awam negara ini.

Sambil memuji pendekatan yang dilakukan oleh kerajaan negeri bagi mencatat keputusan peperiksaan terbaik yang boleh dicontohi negeri lain.

‘Saya ucapkah tahniah kepada Terengganu yang cemerlang dalam bidang pendidikan’.

‘Banyak sekolah di Terengganu capai kejayaan dalam peperiksaan termasuk UPSR, SPM dan STAM’.

Mahdzir berkata demikian dalam ucapan perasmian Program Jelajah Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia 2017 di Mydin Mall petang tadi.

Hadir sama EXCO Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Negeri A Latiff Awang, Ketua Setiausaha Pendidikan Pendidikan Malaysia Dato’ Seri Alias Ahmad dan Pengarah Pendidikan Negeri Shafaruddin Ali Hussin.

Siri jelajah ini adalah untuk mendekati masyarakat di negeri ini dan sekitar dengan berkongsi kejayaan serta mendapatkan pandangan serta maklum balas terhadap usaha kementerian dalam meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan sektor pendidikan tetap menjadi keutamaan kerajaan dalam melahirkan pelajar yang dapat menghadapi cabaran alaf ke-21 serta merealisasikan aspirasi negara dalam Transformasi 2050.

Sumber : Terengganu Times

 

 

Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Jalan Bukit Kecil,20604 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.
Tel : 09-6213000. Faks : 09-6238415. Emel : jpnt@moe.gov.my

Web site : http://jpnterengganu.moe.gov.my

Terima kasih kerana mengunjungi Laman Web JPNT
JPN Terengganu tidak bertanggungjawab bagi apa - apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana - mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini

© Hakcipta terpelihara JPN Terengganu 2014. Designed by Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu