Berita / Akhbar

KERATAN AKHBAR : 9 SJKC DAPAT 1 JUTA BANTUAN KHAS PENYELENGGARAAN

on .

              Sin Chew Daily 28 Mac 2017

 

9 SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN –SJKC TERENGGANU MENDAPAT PERUNTUKAN PENYELENGGARAAN

 

KUALA TERENGGANU,27 MAC-9 buah sekolah bantuan kerajaan di negeri Terengganu telah mendapat bantuan peruntukan penyelenggaraan sebanyak Ringgit Malaysia Satu Juta dalam suatu majlis yang diadakan pada pagi ini.

            Pengerusi MCA Negeri Terengganu, Dato’ Toh Chin Yaw yang mewakili Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan telah menyampaikan peruntukan tersebut kepada Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Tuan Haji Shafruddin bin Haji Ali Hussin. Menurut Dato’ Toh, peruntukan di bawah Tabung Penyelenggaraan bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina tersebut adalah bertujuan untuk membolehkan sekolah bantuan kerajaan melakukan kerja-kerja penyelenggaraan sekolah. Turut hadir sama dalam majlis tersebut ialah Ketua Unit , Unit Pembangunan JPNT, Encik Mohd Irwan bin Ismail.

            Dalam majlis tersebut, Dato’ Toh turut menyampaikan bantuan khas daripada Timbalan Menteri Pendidikan kepada pasukan pancaragam SJK(C) Chung Hwa Wei Sin sebanyak RM20,000.00.

Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Jalan Bukit Kecil,20604 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.
Tel : 09-6213000. Faks : 09-6238415. Emel : jpnt@moe.gov.my

Web site : http://jpnterengganu.moe.gov.my

Terima kasih kerana mengunjungi Laman Web JPNT
JPN Terengganu tidak bertanggungjawab bagi apa - apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana - mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini

© Hakcipta terpelihara JPN Terengganu 2014. Designed by Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu