Berita / Akhbar

PEPERIKSAAN 2017 : PERUTUSAN YAB MENTERI BESAR TERENGGANU SEMPENA PEPERIKSAAN PT3, SPM ,STAM DAN STPM 2017

on .

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Salam Sejahtera

Salam Negaraku Malaysia

Salam Transformasi Terengganu Baharu

1.    Alhamdulillah, saya memanjatkan doa dan lafaz kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya saya berpeluang untuk menitip sepatah dua kata kepada anak-anak Terengganu yang akan menduduki Peperiksaan PT3, SPM, STAM dan STPM tahun 2017 sedikit masa lagi.

2.    Pada kesempatan ini, saya dan barisan kepemimpinan negeri mengucapkan selamat menduduki peperiksaan kepada semua calon di segenap daerah negeri Terengganu.

3.    Suka saya mengingatkan kepada anak-anak sekalian, utamakan kesihatan, sentiasa bertenang dan jangan jemu menadah doa kepada Allah SWT agar dipermudahkan segala urusan. Kita benar-benar berharap ibu bapa dan para guru, dampingilah anak-anak mahupun pelajar kita. Berikan dorongan serta kata-kata semangat  kepada mereka mudah-mudahan menjadi penawar tatkala dihimpit resah.

4.    Negeri Terengganu telah banyak mencipta success story (Cerita - cerita Kejayaan) dalam bidang pendidikan, ini semua adalah hasil usaha "KEBERSAMAAN"  semua pihak.

5. Syabas dan tahniah saya ucapkan. Kita sudah berada di "Landasan Yang Betul". Teruslah bergerak ke hadapan, kecemerlangan pendidikan negeri Terengganu tanggungjawab bersama.

6. Kerajaan Negeri akan terus mempertingkatkan strategi transformasi pendidikan negeri Terengganu demi mengekalkan kehebatan anak-anak pelajar di persada antarabangsa.

7. Akhir kata, marilah kita sama-sama doakan semoga semua calon yang menduduki peperiksaan akan menterjemahkan  impian menjadi realiti.

Sekian, terima kasih.
Selamat Maju Jaya.
 
DATO’ SERI HAJI AHMAD RAZIF BIN ABD. RAHMAN
MENTERI BESAR TERENGGANU

Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Jalan Bukit Kecil,20604 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.
Tel : 09-6213000. Faks : 09-6238415. Emel : jpnt@moe.gov.my

Web site : http://jpnterengganu.moe.gov.my

Terima kasih kerana mengunjungi Laman Web JPNT
JPN Terengganu tidak bertanggungjawab bagi apa - apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana - mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini

© Hakcipta terpelihara JPN Terengganu 2014. Designed by Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu