Berita / Akhbar

PEPERIKSAAN 2017 : PERUTUSAN YANG BERUSAHA PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU SEMPENA PEPERIKSAAN PT3, SPM,STAM DAN STPM 2017

on .

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
salam sejahtera,
salam Negaraku Malaysia dan
salam 1Malaysia.

Peperiksaan PT3, SPM, STAM dan STPM akan bermula tidak lama lagi di seluruh negara.  Pada kesempatan ini, saya mengucapkan selamat menduduki pepriksaan kepada semua calon di negeri Terengganu.  Sudah pastinya murid-murid ingin menjadi seorang yang cemerlang.  Oleh  itu, murid-murid harus mempunyai sikap rajin berusaha dan tidak mudah berputus asa.  Berpeganglanh kepada prinsip, tidak penting asalnya anda,  yang penting hala tujh anda akan melangkah.

Namun begitu, tahap kesihatan dan keselamatan diri hendaklah dijaga dengan sebaik mungkin supaya tidak mengganggu dan menjejaskan emosi murid-murid  sewaktu menghadapi peperiksaan.  Perbaiki jika ada sesuatu yang salah.  Namun latihlah diri murid-murid untuk tidak berasa cemas.  Rasa cemas tidak akan meberikan apa-apa makna.

Murid-murid yang dikasihi,

Kita sedia maklum bahawa teknik penyoalan sentiasa berlaku perubahan tahun demi tahun, penekanan kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dan sebagainya.  Janganlah kita mengambil mudah tentang perkara ini, jadikan cabaran  bagi murid-murid melakukan inovasi, sabar dan berusaha melangkaui sempadan kecemerlangan.  Bak kata pepatah kesabaran itu pahit, tapi buahnya manis.

Marilah kita bersama-sama bertekad untuk mengibarkan panji-panji kecemerlangan.  Dengan semangat yang gigih, azam yang berkobar-kobar, jiwa yang besar, keperibadian yang mulia, minda yang terbuka dan bijaksana akan melahirkan satu generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang.  Selaras dengan prinsip ke-8 Transformasi Terengganu Baharu (TTB), iaitu “Memperkasakan Pendidikan”.

Pelaksanaan 6 fokus utama Memperkasakan Transformasi Pendidikan (MTP), secara tidak langsung akan melestarikan kecemerlangan pendidikan negeri Terengganu sebagai “Negeri Anjung Ilmu” dan meletakkan negeri Terengganu di barisan hadapan dalam peta kecemerlangan pendidikan negara.

Akhir kata, tidak lupa saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada kerajaan negeri Terengganu dan semua pihak yang telah memberikan komitmen, kerjasama dan kecaknaan dalam memastikan kecemerlangan pendidikan negeri ini.  Penghargaan yang tidak terhingga jua kepada para pendidik yang sentiasa gigih dan tekun dalam mendidik murid-murid dan bekerja keras secara langsung dan tidak langsung dalam memastikan pencapaian cemerlang kita dalam peperiksaan awam di negeri Terengganu.  Selamat menduduki peperiksaan dan kami doakan agar murid-murid memperoleh keputusan yang cemerlang.

Sekian, terima kasih.

Salam hormat,

 

HAJI SHAFRUDDIN BIN HAJI ALI HUSSIN P.J.C., P.J.K
Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu.

Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Jalan Bukit Kecil,20604 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.
Tel : 09-6213000. Faks : 09-6238415. Emel : jpnt@moe.gov.my

Web site : http://jpnterengganu.moe.gov.my

Terima kasih kerana mengunjungi Laman Web JPNT
JPN Terengganu tidak bertanggungjawab bagi apa - apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana - mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini

© Hakcipta terpelihara JPN Terengganu 2014. Designed by Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu