Berita / Akhbar

PROGRAM SIMPOSIUM PSIKOLOGI KAUNSELING KEBANGSAAN 2017

on .

Program Simposium Psikologi Kaunseling Kebangsaan 2017
akan dilaksanakan pada 16 hingga 17 Oktober 2017 di IPG Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Nerus, Terengganu.
 
Pada 16 hingga 17 Oktober 2017, Bahagian Psikologi dan Kaunseling, Kementerian Pendidikan Malaysia akan menganjurkan Simposium Psikologi Kaunseling Kebangsaan 2017 bertempat di IPG Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Nerus, Terengganu. Program ini akan dirasmikan oleh  Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Ahmad Razif Bin. Abd. Rahman, Menteri Besar Terengganu. Simposium ini juga turut diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Senator Datuk Chong Sin Woon, Timbalan Menteri Pendidikan II, Kementerian Pendidikan Malaysia. Tema Simposium Psikologi Kaunseling pada tahun ini ialah “Bebas Stigma Santuni  Mereka”.
 
Di antara objektif program ini adalah untuk menguar-uarkan perkhidmatan psikologi dan kaunseling yang ditawarkan oleh BPsK,  Kementerian Pendidikan Malaysia di samping memperkasakan perkhidmatan psikologi dan kaunseling di seluruh negara.
Simposium ini akan mengenengahkan pakar-pakar psikologi dan juga psikiatri untuk berkongsi kepakaran dengan para peserta. Di antaranya seperti YBhg. Dato’ Abdul Halim Bin Jusoh dari Kementerian Pengajian Tinggi, Prof. Dr. Hj. Lukman @ Zawawi Bin Muhamad dari UniSZA, Dr. Kamarul Bin Md. Shah dari Universiti Malaysia Terengganu dan lain-lain tokoh yang berkaliber serta berpengalaman.
Simposium ini mensasarkan warga KPM khususnya kaunselor organisasi, Guru Bimbingan Dan Kaunseling yang berada  di KPM, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat  Pendidikan Daerah, Institut Pendidikan Guru, Kolej Matrikulasi serta sekolah termasuk pensyarah-pensyarah dari universit awam di Malaysia.

Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Jalan Bukit Kecil,20604 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.
Tel : 09-6213000. Faks : 09-6238415. Emel : jpnt@moe.gov.my

Web site : http://jpnterengganu.moe.gov.my

Terima kasih kerana mengunjungi Laman Web JPNT
JPN Terengganu tidak bertanggungjawab bagi apa - apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana - mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini

© Hakcipta terpelihara JPN Terengganu 2014. Designed by Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu