Berita / Akhbar

APM HANTAR GURU PENGAWAS, CALON SPM NAIK TRAK

on .


Guru-guru pengawas peperiksaan SPM tiba di Sekolah Menengah Kebangsaan Jenderis Hulu Terengganu dengan bantuan APM pagi ini.-UTUSAN

HULU TERENGGANU 28 Nov.- Angkatan Pertahanan Awam (APM) daerah ini membantu membawa empat guru pengawas bersama kertas soalan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dan dua calon yang terkandas akibat banjir ke Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Jenderis pagi ini.

Empat guru pengawas itu berkumpul di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sebelum ke sekolah berkenaan yang terletak kira-kira 30 kilometer dari bandar Kuala Berang untuk mengendalikan peperiksaan.


 

Namun setelah mendapati perhubungan terputus, PPD memohon khidmat pengangkutan APM  yang kemudiannya turut mengambil dua calon SPM dari sekolah yang sama dengan trak agensi itu setelah terkandas di rumah masing-masing di Kampung Payang Kayu dan Kampung Tok Lawit.


Mohamad Hafiz Kassim dan Muhammad Hairi Izwan merupakan antara 12 calon yang mengambil kertas terakhir SPM dalam subjek MPV Menservis Motosikal hari ini.


Turut bersama dalam operasi pagi ini ialah Pegawai Pendidikan Daerah, Jalaluddin Ismail dan Pegawai APM Daerah Hulu Terengganu, Lt (PA )Sansuri Yaakob.- UTUSAN ONLINE



Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Jalan Bukit Kecil,20604 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.
Tel : 09-6213000. Faks : 09-6238415. Emel : jpnt@moe.gov.my

Web site : http://jpnterengganu.moe.gov.my

Terima kasih kerana mengunjungi Laman Web JPNT
JPN Terengganu tidak bertanggungjawab bagi apa - apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana - mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini

© Hakcipta terpelihara JPN Terengganu 2014. Designed by Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu