Berita / Akhbar

TERENGGANU TERUSKAN PEMBERIAN INSENTIF UPSR

on .

KUALA TERENGGANU 27 Nov. - Kerajaan negeri akan meneruskan pemberian insentif kepada murid-murid cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang dijadikan tradisi tahunan sekian lama.

A. LATIFF AWANG

 

Keputusan itu menamatkan spekulasi kononnya insentif tersebut kemungkinan dihentikan berikutan sasaran Kementerian Pendidikan agar kejayaan dalam akademik di peringkat rendah itu tidak  diraikan berlebihan selain pencapaian tidak lagi dijadikan perbandingan.

 

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan negeri, A. Latiff Awang ketika memberi jaminan itu berkata, kesemua murid  akan menerima ganjaran RM500 seorang sebelum bermula sesi persekolahan baharu Januari depan.

Beliau memberitahu, insentif seumpama itu diberi sebagai tanda sokongan serta penghargaan tinggi kerajaan negeri kepada calon-calon yang mendapat semua A dalam peperiksaan berkenaan.

“Kerajaan negeri sentiasa memberi keutamaan ke arah kecemerlangan anak negeri  dalam semua bidang termasuk pendidikan, dan kita ucapkan syabas dan tahniah kepada yang berjaya.

“Mereka yang mendapat keputusan kurang memuaskan diharapkan jangan putus asa sebaliknya masih berpeluang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan seterusnya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Jalan Bukit Kecil,20604 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.
Tel : 09-6213000. Faks : 09-6238415. Emel : jpnt@moe.gov.my

Web site : http://jpnterengganu.moe.gov.my

Terima kasih kerana mengunjungi Laman Web JPNT
JPN Terengganu tidak bertanggungjawab bagi apa - apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana - mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini

© Hakcipta terpelihara JPN Terengganu 2014. Designed by Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu