Berita / Akhbar

20 631 MURID TAHUN SATU DI TERENGGANU

on .

Murid tahun satu SK Bukit Sawa, Izat Nurul Iman Ahmad Rozi, 7, yang menangis kerana ditinggalkan ibu bapanya ditenangkan oleh A Latiff.

 

 

Exco Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Terengganu, A Latiff Awang berkata, jumlah itu membabitkan 352 sekolah termasuk di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).

Menurutnya, sesi persekolahan berjalan lancar sejak awal pagi dan tidak ada masalah besar yang menjejaskan murid pra sekolah, tahun satu dan tingkatan satu pada hari pertama kerana masing-masing kelihatan ceria.

 

"Alhamdulillah saya melihat para pelajar keseluruhannya nampaknya mereka ceria, nampak gembira dan seronok berada dalam kelas. Ini mungkin hasil kejayaan anak anak ini belajar di peringkat pra sekolah.

 

"Nampaknya anak anak pelajar kita sudah bersedia dan mereka nampaknya seronok, tidak nampak mereka sedih dan muram," katanya ketika melawat murid tahun satu di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Sawa, di sini, hari ini.

Bagi kemasukan ke peringkat pra sekolah pula, A Latiff berkata, seramai 9,599 murid turut memulakan sesi persekolahan hari ini manakala seramai 19,759 pelajar memulakan sesi baharu bagi tingkatan satu.

Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Jalan Bukit Kecil,20604 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.
Tel : 09-6213000. Faks : 09-6238415. Emel : jpnt@moe.gov.my

Web site : http://jpnterengganu.moe.gov.my

Terima kasih kerana mengunjungi Laman Web JPNT
JPN Terengganu tidak bertanggungjawab bagi apa - apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana - mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini

© Hakcipta terpelihara JPN Terengganu 2014. Designed by Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu