Hebahan

DASAR BAHARU CUTI TANPA GAJI BAGI PEGAWAI YANG MENGIKUT PASANGAN BERTUGAS ATAU BERKURSUS DI DALAM ATAU DI LUAR NEGARA DI BAWAH PERUNTUKAN PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

on .

Assalamualaikum dan Salam Negaraku Malaysia,

Untuk makluman tuan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2016 (PP Bil.5/2016) - Dasar Baharu Cuti Tanpa Gaji bagi pegawai yang mengikuti pasangan bertugas atau berkursus di dalam atau di luar Negara yang berkuat kuasa mulai 7 November 2016.

Sehubungan dengan itu, dengan berkuat kuasanya PP Bil. 5/2016, maka Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 29 Tahun 2009 (PP Bil.29/2009) - Cuti Tanpa Gaji bagi Pegawai yang mengikuti Pasangan Bertugas atau berkursus di dalam atau di luar Negara dan surat siaran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bil KP(PP)0069/6/3 Jilid 2 (28) bertarikh 23 Mac 2010 adalah dibatalkan.

Dilampirkan dokumen berkenaan untuk rujukan dan tindakan.

Muatturun
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2016

 

 

Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Jalan Bukit Kecil,20604 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.
Tel : 09-6213000. Faks : 09-6238415. Emel : jpnt@moe.gov.my

Web site : http://jpnterengganu.moe.gov.my

Terima kasih kerana mengunjungi Laman Web JPNT
JPN Terengganu tidak bertanggungjawab bagi apa - apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana - mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini

© Hakcipta terpelihara JPN Terengganu 2014. Designed by Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu