Hebahan

PENGGUNAAN PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) DAN BORANG-BORANG BAGI PENGURUSAN PERANTI YES ALTITUDE NEGERI TERENGGANU

on .

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
Adalah dimaklumkan bahawa pengurusan peranti YES Altitude dan pelan Data Guru 2GB yang diterima oleh semua guru di sekolah perlu melalui Prosedur Operasi Standard yang telah ditetapkan berkuatkuasa mulai tarikh surat ini dikeluarkan.
 
3.         Sehubungan dengan itu, tuan diminta untuk mematuhi prosedur-prosedur, panduan dan borang-borang yang ditetapkan seperti di lampiran. Dokumen berkenaan juga boleh dimuat turun pada Laman Web Rasmi JPNT melalui   http://jpnterengganu.moe.gov.my. Mohon kerjasama pihak tuan untuk memanjangkan perkara ini kepada semua guru di bawah pentadbiran tuan.
 
4.         Sebarang pertanyaan, tuan boleh menghubungi bahagian-bahagian seperti ketetapan berikut:
 
i.         Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu;
ii           Unit Pengurusan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah;
iii          Unit Pembestarian Sekolah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri; dan
iv          Pusat Kegiatan Guru
 
Kerjasama dan perhatian pihak tuan dalam perkara ini amat dihargai.

 

Dilampirkan dokumen berkenaan untuk rujukan dan tindakan.

Muatturun
PENGGUNAAN PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) DAN BORANG-BORANG BAGI PENGURUSAN PERANTI YES ALTITUDE NEGERI TERENGGANU

 

 

 

 

 

 

Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Jalan Bukit Kecil,20604 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.
Tel : 09-6213000. Faks : 09-6238415. Emel : jpnt@moe.gov.my

Web site : http://jpnterengganu.moe.gov.my

Terima kasih kerana mengunjungi Laman Web JPNT
JPN Terengganu tidak bertanggungjawab bagi apa - apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana - mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini

© Hakcipta terpelihara JPN Terengganu 2014. Designed by Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu