Hebahan

PERMOHONAN SEKOLAH KAWALAN NEGERI TERENGGANU SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2018

on .

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

 

Tarikh-tarikh penting permohonan Sekolah Kawalan Sesi Persekolahan 2018

Borang Permohonan Penempatan Sekolah Kawalan (BPPSK) diedarkan kepada ibu bapa/penjaga murid tahun 6: 3 - 14 Sept 2017

Penerimaan Borang Permohonan Penempatan Sekolah Kawalan (BPPSK) daripada ibu bapa/penjaga murid tahun 6 oleh guru kelas:  3 - 14 Sept 2017

Guru kelas Tahun 6 mengemaskini maklumat permohonan, maklumat akademik dan kokurikulum murid melalui Modul Sekolah Kawalan SPS MPM: 20 September –31 Oktober 2017

Guru besar membuat pengesahan permohonan Sekolah Kawalan melalui login guru besar: 20 September –31 Oktober 2017

 

Nota:

Mohon disampaikan kepada semua sekolah di daerah tuan tarikh-tarikh penting bagi memastikan semua murid warganegara Malaysia di SR daerah tuan telah memohon secara online di SPS MPM Modul Sekolah Kawalan dan tiada keciciran berlaku pada tahun ini tanpa justifikasi yang relevan.

Mohon diingatkan juga kepada guru kelas SR daerah masing-masing untuk mengemaskini data dan profil murid Tahun 6/2017 terutamanya status warganegara murid, no. kad pengenalan murid, angka giliran murid serta maklumat murid lain yang berkaitan sebagai persiapan bagi permohonan Sekolah Kawalan yang akan dibuka permohonan secara online pada 20 Sept - 31 Okt 2017  ( Surat Pengemaskinian Data dan Profil Murid Tahun Enam (6) Dalam SPS MPM Tahun 2017, No. Ruj: P.T.05003-011/2(12) bertarikh 24 Julai 2017).

Guru Besar juga diingatkan untuk membuat pengesahan permohonan Sekolah Kawalan melalui login guru besar sebelum atau pada 31 Oktober 2017 bagi mengelakkan permohonan murid Tahun 6/2017 tidak diproses bagi urusan kelulusan kemasukan.

Permohonan oleh ibu bapa boleh menggunakan Borang Permohonan Sekolah Kawalan (BPPSK) yang telah diedarkan kepada semua sekolah dan Senarai Sekolah Kawalan Negeri Terengganu Tahun 2017 boleh dijadikan sebagai panduan. BPPSK dan Senarai Sekolah Kawalan Negeri Terengganu Tahun 2017 ini juga boleh diperolehi di laman web JPNT.

 

Rujukan:

1. Surat Pengemaskinian Data dan Profil Murid Tahun Enam (6) Dalam SPS MPM Tahun 2017, No. Ruj: P.T.05003-011/2(12) bertarikh 24 Julai 2017.

2. Permohonan eDaftar Menengah dan Sekolah Kawalan Bagi Penempatan Murid Tingkatan Satu (1)  Sesi Persekolahan Tahun 2018 Menerusi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) Modul Pengurusan Murid (MPM), No. Ruj: P.T. 05003-011/2(11) bertarikh 24 Julai 2017.

 

Sebarang pertanyaan atau bantuan teknikal boleh hubungi Pen. PPD Pengurusan Murid(Men) daerah masing-masing.

 

Terima Kasih

 

Memperkasakan Transformasi Pendidikan

 

Dilampirkan dokumen berkenaan untuk rujukan dan tindakan.

Muatturun
 PERMOHONAN SEKOLAH KAWALAN NEGERI TERENGGANU SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2018

 

 

 

 

 

 

Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Jalan Bukit Kecil,20604 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.
Tel : 09-6213000. Faks : 09-6238415. Emel : jpnt@moe.gov.my

Web site : http://jpnterengganu.moe.gov.my

Terima kasih kerana mengunjungi Laman Web JPNT
JPN Terengganu tidak bertanggungjawab bagi apa - apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana - mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini

© Hakcipta terpelihara JPN Terengganu 2014. Designed by Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu