Hebahan

MAKLUMAN PEMBUKAAN PERMOHONAN ATAS TALIAN BAGI PROGRAM PENERAJU TUNAS GELIGA 6 (2017) OLEH YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA

on .

Assalamualaikum dan Salam Negaraku Malaysia.

Tuan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman tuan/puan, jalinan kolaboratif antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) bagi Program Peneraju Tunas Geliga telah diluluskan oleh YBhg. Ketua setiausaha KPM pada 18 Februari 2015.

3. Program Peneraju Tunas Geliga ialah satu pembiayaan pendidikan bagi murid lepasan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang berpotensi dan daripada latar belakang mencabar untuk ditempatkan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) atau Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di seluruh Malaysia.

Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:

  • Murid Bumipetera
  • Mendapat sekurang-kurangnya 4A 2B (Semenanjung Malaysia) atau 3A 3B (Sabah dan Sarawak) dalam peperiksaan sebenar UPSR 2017
  • Jumlah pendapatan kasar isi rumah adalah tidak melebihi RM4,000.00 sebulan

4. Sukacita dimaklumkan, permohonan secara atas talian akan dibuka bermula 13 November sehingga 18 Disember 2017. Permohonan boleh dibuat di laman sesawang Yayasan Peneraju di alamat www.yayasanpeneraju.com

Sekian, harap maklum dan terima kasih.

Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Jalan Bukit Kecil,20604 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.
Tel : 09-6213000. Faks : 09-6238415. Emel : jpnt@moe.gov.my

Web site : http://jpnterengganu.moe.gov.my

Terima kasih kerana mengunjungi Laman Web JPNT
JPN Terengganu tidak bertanggungjawab bagi apa - apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana - mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini

© Hakcipta terpelihara JPN Terengganu 2014. Designed by Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu