Hebahan

MAKLUMAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN EMPAT (4) SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) SECARA DALAM TALIAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) BAGI AMBILAN TAHUN 2018

on .

Semua Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Negeri Terengganu

Tuan,

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.  Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK), KPM telah membuka permohonan kemasukan murid Tingkatan (4) ke Sekolah Berasrama Penuh secara dalam talian mulai 13 November hingga 24 Disember 2017.

3.  Untuk makluman tuan, permohonan ini dibuka kepada murid-murid Tingkatan (3) pada tahun 2017 yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Murid-murid yang berminat boleh membuat permohonan dilaman web https://sst4.moe.gov.my. Panduan permohonan, syarat-syarat permohonan dan info SBP juga boleh dilihat melalui laman web tersebut.

4. Sebarang pertanyaan sila hubungi Puan Juliza binti Mohd Zakaria, Penolong Pengarah SBPSK di talian 09-6213128.

Sekian, harap maklum dan terima kasih. 

Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Jalan Bukit Kecil,20604 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.
Tel : 09-6213000. Faks : 09-6238415. Emel : jpnt@moe.gov.my

Web site : http://jpnterengganu.moe.gov.my

Terima kasih kerana mengunjungi Laman Web JPNT
JPN Terengganu tidak bertanggungjawab bagi apa - apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana - mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini

© Hakcipta terpelihara JPN Terengganu 2014. Designed by Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu