Sabtu, November 23, 2019
RizVN Login

 

Selaras dengan Visi dan Misi Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) ke arah Pembangunan Usahawan Terengganu, YPU menyahut cabaran dengan bekerjasama Pavilion Planet Sdn Bhd dalam menganjurkan Planet Animasi Terengganu 2019 pada 1 November hingga 31 Disember 2019 di Pusat Dagangan Terengganu (TTC), Kuala Terengganu.

Acara terbesar diadakan bersempena cuti sekolah akhir tahun 2019 dan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2020, Planet Animasi Terengganu 2019 telah berkolaborasi bersama PADI Record & Entertainment dan RIZS Management untuk menrealissaikan kejayaan acara tersebut.

Acara yang sama disasarkan dapat menarik tumpuan ramai pengunjung dari pelusuk Semenanjung Malaysia, kata satu kenyataan hari ini.

“Planet Animasi Terengganu 2019 ini bertujuan untuk memberi pengetahuan serta pendedahan mengenai industri animasi dan kartun negara kepada masyarakat.

“Ia juga memberi peluang kepada peminat bertemu dengan maskot dan karektor kesayangan mereka dan seterusnya menjadi wadah bagi keluarga berhibur sempena cuti sekolah ini. Disamping itu, dapat memperkenal dan mempromosikan keunikan dan kehalusan pelbagai kesenian budaya, tradisi dan warisan Negeri Terengganu oleh para usahawan,” kata kenyataan yang sama.

Justeru itu, satu sidang media Planet Animasi Terengganu 2019 dirasmikan oleh Pengurus Pembangunan Usahawan merangkap Presiden Kelab Kebajikan & Rekreasi Yayaysan Pembangunan Usahawan Terengganu, Ahmad Shabiri Awalludin pada 22 Oktober ini jam 3.00 petang di Executive Lounge Floor, The Pearl Kuala Lumpur Hotel.

Majlis Perasmian Planet Animasi Terengganu 2019 dijadual berlangsung di Pusat Dagangan Terengganu (TTC), Kuala Terengganu pada awal bulan November ini.

Pelbagai program-program menarik telah dirangka sepanjang dua bulan bagi memeriahkan Planet Animasi Terengganu 2019. Antaranya adalah:

Antaranya penampilan istimewa dan Persembahan Maskot Animasi Tempatan seperti Didi & Friends, Rimba Racer & Rimba Kids, Chads World, Cam & Leon, Iman & Sara, Meow dan lain-lain lagi.

Pameran Animasi, kartun, permainan interaktif, pertandingan cosplay, jualan barangan rasmi dan macam-macam lagi.

Tiket masuk ke Planet Animasi bagi kanak-kanak yang berumur tiga tahun hingga 17 tahun berharga RM10 dan 17 tahun keatas berharga RM5.

Disamping itu peluang perniagaan juga dibuka kepada usahawan-usahawan yang berminat untuk menambah pendapatan semasa cuti sekolah 2019.

Lot-lot jualan dijual dengan harga bermula RM2,500 sahaja. Sebarang pertanyaan mengenai lot jualan, boleh menghubungi Ayob – (019 3682548), Rizs ( 012 7105886) dan Cik Alissa (018 2161157).- MalaysiaGazette

SALIM BIN AB. GHANI, PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH DUNGUN
DITEMPATKAN SEBAGAI KETUA PENOLONG PENGARAH KANAN, UNIT MENENGAH DAN TINGKATAN 6, SPS
TARIKH KUATKUASA: 25 OGOS 2019

 
KASMAN BIN EMBONG, SIPartners+, PPD HULU TERENGGANU
DITEMPATKAN SEBAGAI PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH DUNGUN
TARIKH KUATKUASA: 25 OGOS 2019


MOHD TALIB BIN ABDUL WAHAB, PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SMK BUKIT TUNGGAL
DITEMPATKAN SEBAGAI PENGETUA SMK PANJI ALAM
TARIKH KUATKUASA: 2 SEPTEMBER 2019


CHE RASHID BIN SULONG, PENGETUA SMK SURA
DITEMPATKAN SEBAGAI PENGETUA SMK SULTAN OMAR
TARIKH KUATKUASA: 3 SEPTEMBER 2019


HUSIN BIN MOHD NOR, PENGETUA SMK SERI PAKA
DITEMPATKAN SEBAGAI PENGETUA SMK SURA
TARIKH KUATKUASA: 3 SEPTEMBER 2019

 

ABD YAZID @ AZIZ BIN HJ MOHD ZAIN, PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SK AYER TERJUN, BESUT
DITEMPATKAN SEBAGAI GURU BESAR SK LUBUK KAWAH, BESUT
TARIKH KUATKUASA: 2 SEPTEMBER 2019

TARIKH : 30 September 2019 , Isnin
TEMPAT : Pusat Kokurikulum, Kuala Berang, Terengganu




SLOT 1 : INSFRASTRUKTUR RANGKAIAN ICT KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PENCERAMAH :  Ts. Maheran binti Ab. Rahman, Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Maklumat, Bahgaian Pengurusan Maklumat, KPM



 

SLOT 2 : KESEDARAN KESELAMATAN ICT DAN POLISI KESELAMATAN ICT KPM
PENCERAMAH :  Ts. Dr.Mohd Farizul bin Mat Ghani, Penolong Setiausaha, Unit Pengurusan Risiko dan Pematuhan, Seksyen Keselamatan, Risiko dan Pematuhan ICT,KPM





 


ABDULLAH BIN ABD RAHMAN
PENGARAH KV KEMAMAN BERTUKAR KE PENGARAH KV KUALA BERANG 
 
HAJI MOHD NAZRI BIN HASHIM
PANGARAH KV (PERTANIAN) CHENOR BERTUKAR KE PENGARAH KV KEMAMAN
 
TARIKH KUATKUASA: 1 OGOS 2019

 

Sub-kategori

Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Jalan Bukit Kecil,20604 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.
Tel : 09-6213000. Faks : 09-6238415. Emel : jpnt@moe.gov.my
Web site : http://jpnterengganu.moe.gov.my
Terima kasih kerana mengunjungi Laman Web JPNT
JPN Terengganu tidak bertanggungjawab bagi apa - apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana - mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini

Webmaster Login