Sabtu, November 23, 2019
RizVN Login

Kuala Terengganu, 13 Ogos 2018 -  Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu berlangsung meriah dengan pelbagai acara termasuk penyerahan bendera oleh Kontinjen Kadet Polis, SMK Seri Payung, Marang.



Pelancaran berkenaan yang  diselitkan pada Majlis Perhimpunan Bulan Ogos 2018 telah di hoskan oleh Sektor Pengurusan Maklumat &  ICT dan Sektor Psikologi dan Kaunseling. Lagu tema Hari Kebangsaan nyanyian kumpulan Bunkface turut dimainkan pada sambutan kali ini.

Sambutan yang disertai oleh seluruh warga jabatan, wakil-wakil daripada Pejabat Pendidikan Daerah, wakil daripada Majlis Pengetua Sekolah Menengah Malaysia Terengganu (MPSM) dan wakil Majlis Guru Besar Malaysia Cawangan Terengganu menyaksikan penyerahan Jalur Gemilang kepada Pengarah Pendidikan Negri Terengganu, kesemua Ketua Sektor serta wakil-wakil daripada agensi berkenaan.

Acara sambutan turut dimeriahkan lagi dengan deklamasi sajak oleh tiga pelajar daripada SK Seri Budiman iaitu Nur Anis Diana Mahirah bt Arifin, Amirul Irsyad Zhafran bin Mohd Rizal dan Nurul Tasnim bt Mohd AllNurulhuda dengan bimbingan Ustazah Najihah Bahiyah bt Yusof.


Pengarahnya, Tuan Haji Shafruddin bin Haji Ali Hussin berkata, selain memeriahkan sambutan kemerdekaan negara, program tersebut bertujuan mengukuhkan perasaan cintakan negara dan  memupuk daya juang dalam kalangan generasi muda.

Katanya lagi, kesenangan hari ini bukan diarih dengan mudah, sebaliknya menuntut pengorbanan yang besar generasi terdahulu, termasuk mengorbankan nyawa dan harta benda.

 

Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Jalan Bukit Kecil,20604 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.
Tel : 09-6213000. Faks : 09-6238415. Emel : jpnt@moe.gov.my
Web site : http://jpnterengganu.moe.gov.my
Terima kasih kerana mengunjungi Laman Web JPNT
JPN Terengganu tidak bertanggungjawab bagi apa - apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana - mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini

Webmaster Login