KEJOHANAN SILAT DINI DAN PEMILIHAN DEWASA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2018

 

KUALA NERUS, Sabtu, 15 Disember 2018. Baru-baru telah berlangsung Kejohanan Silat Dini dan Pemilihan Dewasa yang dianjurkan oleh Persekutuan Silat Negeri terengganu (PESAKA) bersama Majlis Sukan Negeri terengganu (MSNT) di Gelanggang Silat Majlis Sukan Negeri Terengganu bermula dari 12 hingga 15 Disember 2018. Tujuan kejohanan ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat-bakat pesilat di sekolah rendah dan menengah seluruh negeri Terengganu dan telah mendapat sambutan dari peserta pesliat luar Terengganu. Peserta  pesilat termuda terdiri dari pelajar tahun satu hingga tingkatan 5. Majlis penutup Kejohanan Silat Dini dan Pemilihan Dewasa Peringkat Negeri Terengganu telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Tuan Hj. Shafruddin bin Ali Hussin.