Khamis, September 19, 2019
RizVN Login

Kuala Terengganu, 17 Oktober 2018 - Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru (UPBMG) telah dijalankan di Hotel Tanjong Vista Kuala Terengganu. UPBMG merupakan instrumen yang pertama dibangunkan di Malaysia bagi menguji kecekapan berbahasa Melayu pelbagai lapisan masyarakat secara komprehensif iaitu menguji keempat-empat kemahiran mendengar, membaca, menulis dan bertutur. UPBMG sesuai digunakan untuk menguji pengetahuan dan kemahiran berbahasa dalam kalangan guru sekolah. Kriteria pemilihan guru rintis berdasarkan sistem MyGuru dengan menyasarkan 50% guru Bahasa Melayu opsyen dan 50% guru Bahasa Melayu bukan opsyen.

Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Jalan Bukit Kecil,20604 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.
Tel : 09-6213000. Faks : 09-6238415. Emel : jpnt@moe.gov.my
Web site : http://jpnterengganu.moe.gov.my
Terima kasih kerana mengunjungi Laman Web JPNT
JPN Terengganu tidak bertanggungjawab bagi apa - apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana - mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini

Webmaster Login