Sabtu, November 23, 2019
RizVN Login

Marang, 15 Januari 2019 – Bengkel Penyelarasan Modul Perkembangan Pembelajaran (MPP) dan Modul Intervensi Pembelajaran (MIP) UPSR 2019 telah diadakan di Bilik Kapas, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu. Seramai 80 orang guru AKRAM yang dipilih mewakili mata pelajaran teras tahap 2 sekolah rendah telah terlibat dalam bengkel ini. Tujuan bengkel diadakan ialah untuk membuat postmortem pencapaian UPSR tahun 2018 bagi mengenalpasti kelemahan dan kekuatan untuk membuat penambahbaikan program pentaksiran tahun 2019.

Selain itu, peserta bengkel akan membina pelbagai item instrumen pentaksiran bagi Modul Intervensi Pembelajaran (MIP) UPSR 2019 yang diguna dan disebarluas kepada guru-guru di negeri Terengganu.

Bengkel ini telah dirasmikan oleh Haji Zainon bin Jusoh, Ketua Penolong Pengarah Matematik, Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Terengganu. Menurut beliau modul ini adalah bersesuaian dan selari dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menilai dan melihat perkembangan pembelajaran murid secara individu dari sudut pencapaian akademik dan mengesan defisit pembelajaran untuk melaksana intervensi.

 

 

 

 

Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Jalan Bukit Kecil,20604 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.
Tel : 09-6213000. Faks : 09-6238415. Emel : jpnt@moe.gov.my
Web site : http://jpnterengganu.moe.gov.my
Terima kasih kerana mengunjungi Laman Web JPNT
JPN Terengganu tidak bertanggungjawab bagi apa - apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana - mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini

Webmaster Login