Khamis, September 19, 2019
RizVN Login

Pada 20/1/2019 (Ahad) Unit Penyeliaan Sekolah Menengah, Sektor Pengurusan Sekolah telah mengadakan Bengkel Pengurusan Tingkatan 6 Negeri Terengganu daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus di SMK Bukit Tunggal, Kuala Nerus pada jam 9 pagi. 

Bengkel ini disertai oleh semua Penolong Kanan Tingkatan 6 di daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus bersama Timbalan PPD Kuala Nerus dan Penolong PPD Kuala Terengganu Unit Pengurusan Sekolah.

Dalam bengkel ini peserta didedahkan dengan semakan perjawatan B63 dan penawaran subjek bagi kelas Tingkatan 6 di sekolah masing-masing. Selain dari itu peserta juga didedahkan dengan Verifikasi Data eOperasi bagi pengoperasian Tingkatan 6 di sekolah masing-masing.

Peserta dilihat bersemangat dan komited dalam bengkel yang telah diadakan. Diharap bengkel seperti ini dapat diadakan lagi pada tahun berikutnya dalam memantapkan lagi pengurusan Tingkatan 6 pada masa yang akan datang.

 

Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Jalan Bukit Kecil,20604 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.
Tel : 09-6213000. Faks : 09-6238415. Emel : jpnt@moe.gov.my
Web site : http://jpnterengganu.moe.gov.my
Terima kasih kerana mengunjungi Laman Web JPNT
JPN Terengganu tidak bertanggungjawab bagi apa - apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana - mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini

Webmaster Login