Sabtu, November 23, 2019
RizVN Login

Pada 14-15/1/2019 (Isnin-Selasa) Unit Penyeliaan Sekolah Menengah, Sektor Pengurusan Sekolah telah mengadakan Bengkel Verifikasi Data Modul Pengurusan Guru eOperasi Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu Bersama Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Terengganu Bagi Bulan Januari 2019 di Pusat Kegiatan Guru (PKG) Hulu Terengganu pada jam 9 pagi. 

Bengkel ini disertai oleh Timbalan PPD Kuala Nerus dan semua Penolong PPD Kuala Terengganu Unit Pengurusan Sekolah.

Dalam bengkel ini peserta didedahkan dengan semakan Anggaran Belanja Mengurus Perjawatan dan bilangan kelas serta penawaran subjek bagi kelas di Sekolah Menengah Harian di daerah di negeri Terengganu. Selain dari itu peserta juga didedahkan dengan Semakan Utiliti Ralat Data dan Pembentangan Borang Status Kedudukan Guru (BSKG) sekolah di setiap daerah di negeri Terengganu.

Peserta dilihat bersemangat dan komited dalam bengkel yang telah diadakan. Diharap bengkel seperti ini dapat diadakan lagi pada tahun berikutnya dalam memantapkan lagi pengurusan data pada masa yang akan datang.

 

Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Jalan Bukit Kecil,20604 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.
Tel : 09-6213000. Faks : 09-6238415. Emel : jpnt@moe.gov.my
Web site : http://jpnterengganu.moe.gov.my
Terima kasih kerana mengunjungi Laman Web JPNT
JPN Terengganu tidak bertanggungjawab bagi apa - apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana - mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini

Webmaster Login