Sabtu, November 23, 2019
RizVN Login

Pada 21/1/2019 (Isnin) Unit Penyeliaan Sekolah Menengah, Sektor Pengurusan Sekolah telah mengadakan Bengkel Pengurusan Tingkatan 6 Negeri Terengganu daerah Marang dan Hulu Terengganu di SMK Seri Payong, Marang pada jam 9 pagi.

Bengkel ini disertai oleh semua Penolong Kanan Tingkatan 6 di daerah Marang dan Hulu Terengganu bersama Penolong PPD Marang (Unit Pengurusan Sekolah) dan wakil dari Sektor Pendidikan Islam (SPI).

Dalam bengkel ini peserta didedahkan dengan semakan perjawatan B63 dan penawaran subjek bagi kelas Tingkatan 6 di sekolah masing-masing. Selain dari itu peserta juga didedahkan dengan Verifikasi Data eOperasi bagi pengoperasian Tingkatan 6 di sekolah masing-masing.

Peserta dilihat bersemangat dan menunjukkan komitmen yang tinggi dalam bengkel yang telah diadakan. Diharap bengkel seperti ini dapat diadakan lagi pada tahun berikutnya dalam memantapkan lagi pengurusan Tingkatan 6 pada masa yang akan datang.

 

Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Jalan Bukit Kecil,20604 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.
Tel : 09-6213000. Faks : 09-6238415. Emel : jpnt@moe.gov.my
Web site : http://jpnterengganu.moe.gov.my
Terima kasih kerana mengunjungi Laman Web JPNT
JPN Terengganu tidak bertanggungjawab bagi apa - apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana - mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini

Webmaster Login