Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu telah mewujudkan pusat sehenti bagi pengurusan murid bukan warganegara pada 1 hingga 3 Januari 2019. Pusat sehenti ini adalah bagi memudahkan ibu bapa kepada murid bukan warganegara mendapatkan kelulusan belajar di sekolah kerajaan/bantuan kerajaan dan membuat bayaran levi pada satu tempat disamping menjimatkan masa. Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Cikgu Haji Shafruddin meluangkan masa meninjau dan menyampaikan surat kelulusan kepada ibu bapa.