Khamis, Oktober 24, 2019
RizVN Login

Pada 27/1/2019 (Ahad) Unit Penyeliaan Sekolah Menengah, Sektor Pengurusan Sekolah telah mengadakan Bengkel Pengurusan Tingkatan 6 Negeri Terengganu daerah Dungun dan Kemaman di SMK Paka, Dungun pada jam 9 pagi.

Bengkel ini disertai oleh semua Penolong Kanan Tingkatan 6 di daerah Dungun dan Kemaman bersama Penolong PPD (Unit Pengurusan Sekolah) daerah Dungun dan Kemaman.

Dalam bengkel ini peserta didedahkan dengan semakan perjawatan B63 dan penawaran subjek bagi kelas Tingkatan 6 di sekolah masing-masing. Selain dari itu peserta juga didedahkan dengan Verifikasi Data eOperasi bagi pengoperasian Tingkatan 6 di sekolah masing-masing.

Peserta dilihat bersemangat dan menunjukkan komitmen yang tinggi dalam bengkel yang telah diadakan. Diharap bengkel seperti ini dapat diadakan lagi pada tahun berikutnya dalam memantapkan lagi pengurusan Tingkatan 6 pada masa yang akan datang.

 

 

 

 

Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Jalan Bukit Kecil,20604 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.
Tel : 09-6213000. Faks : 09-6238415. Emel : jpnt@moe.gov.my
Web site : http://jpnterengganu.moe.gov.my
Terima kasih kerana mengunjungi Laman Web JPNT
JPN Terengganu tidak bertanggungjawab bagi apa - apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana - mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini

Webmaster Login