Rabu, November 13, 2019
RizVN Login

29 Januari 2019 - Unit Perjawatan & Perkhidmatan, Sektor Khidmat Pengurusan Dan Pembangunan telah mengadakan Kursus Pengurusan Kemudahan Cuti Sakit, Sara Ubat Dan Penubuhan Lembaga Perubatan selama 3 hari berturut-turut di Bilik Mesyuarat Alamanda mulai 27 Januari sehingga 29 Januari 2019 kepada semua Ketua Pembantu Tadbir dan Pembantu Tadbir Pejabat Pendidikan Daerah dan Sekolah-Sekolah Menengah PTJ. Perkongsian ilmu oleh fasilitator jabatan iaitu Puan Nurul Azni binti Yahaya, Puan Siti Zurina binti Ahmad, Encik Mohd Azhari bin Mohamad, Puan Maizura binti Muda dan Puan Roskartinee binti Shafiee diharap akan dapat difahami dan diaplikasikan dalam tugas harian. Kursus ini diharapkan akan dapat mengurangkan pegawai pendidikan dan anggota kumpulan pelaksana yang terpaksa cuti sakit tanpa gaji sedangkan perkara tersebut boleh diatasi sekiranya pihak pentadbiran terutama Ketua Pembantu Tadbir dan Pembantu Tadbir tahu mengenai kemudahan dan kebajikan yang disediakan kepada pegawai perkhidmatan awam.

Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Jalan Bukit Kecil,20604 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.
Tel : 09-6213000. Faks : 09-6238415. Emel : jpnt@moe.gov.my
Web site : http://jpnterengganu.moe.gov.my
Terima kasih kerana mengunjungi Laman Web JPNT
JPN Terengganu tidak bertanggungjawab bagi apa - apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana - mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini

Webmaster Login