Khamis, September 19, 2019
RizVN Login

Pada 10 Mac 2019 (Ahad) Sektor Pengurusan Sekolah telah mengadakan Bengkel Penyediaan Anggaran Belanja Mengurus (ABM) Perjawatan Tahun 2020 Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dihadiri oleh Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan, Sektor Pendidikan Islam, Sektor Pengurusan Akademik, Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas dan Unit Pengurusan Sekolah Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Terengganu di Pusat Kegiatan Guru (PKG) Tok Jiring pada jam 10 pagi. 

Bengkel ini dipengerusikan oleh Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Sekolah.

Dalam bengkel ini peserta didedahkan dengan semakan Anggaran Belanja Mengurus Perjawatan dan bilangan kelas serta tatacara dan prosedur operasi standard (SOP) dan bimbingan teknikal berkenaan penawaran subjek bagi kelas di Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Harian di daerah di negeri Terengganu. 

Peserta dilihat bersemangat dan komited dalam bengkel yang telah diadakan. Diharap bengkel seperti ini dapat diadakan lagi pada tahun berikutnya dalam memantapkan lagi pengurusan data pada masa yang akan datang.

 

 

 

 

 

 

Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Jalan Bukit Kecil,20604 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.
Tel : 09-6213000. Faks : 09-6238415. Emel : jpnt@moe.gov.my
Web site : http://jpnterengganu.moe.gov.my
Terima kasih kerana mengunjungi Laman Web JPNT
JPN Terengganu tidak bertanggungjawab bagi apa - apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana - mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini

Webmaster Login