17 April 2018, JPNT - Sempena Sambutan Perayaan Hari Guru ke -47 Peringkat Negeri Terengganu yang akan diraikan pada 2 Mei 2018, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu telah menganjurkan Festival "Fun Ride" yang disertai oleh wakil seluruh warga pendidikan Negeri Terengganu. Aktiviti berbasikal ini telah dimulakan di SMK Bukit Perah, Hulu Terengganu. Sejumlah lebih kurang 300 buah basikal telah dikumpulkan menerusi acara ini. 

"Check Point" Pertama : SMK Bukit Perah, Hulu Terengganu



Kayuhan diteruskan ke destinasi seterusnya di SMK bukit Sawa, Marang. Aktiviti ini turut disertai oleh Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Tuan Haji Shafruddin bin Haji Ali Hussin, dan juga Timbalan Pendidikan Negeri Terengganu, Tuan Haji Matsor bin Ismail. tidak ketinggalan juge Ketua-ketua Sektor di JPNT dan Pegawai-pegawai Pendidikan Daerah di Negeri Terengganu.



"Check Point" Kedua : SMK Bukit Sawa, Marang



Destinasi seterusnya diteruskan lagi ke SMK Padang Midin, Kuala Terengganu. 



"Check Point" Ketiga : SMK Padang Midin, Kuala Terengganu



Destinasi keempat yang merupakan destinasi terakhir kayuhan "Fun Ride " ini adalah di Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu. 



'Check Point " Keepat : Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu