Khamis, September 19, 2019
RizVN Login

8 Ogos 2018, MARANG: Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) dengan usahasama Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) telah mengadakan Program Taklimat Pemantapan Profesionalisme Guru- Guru Pemulihan Khas (GPM) dan Guru-Guru Pemulihan Khas LINUS (GPML) Negeri Terengganu 2018.

Program yang berlangsung di Dewan Auditorium, Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur, Marang Terengganu itu telah mendapat penglibatan dan kerjasama seramai 374 guru-guru dari program pemulihan khas di seluruh negeri.

“Saya amat berbangga dengan SPSPK kerana setiap kali menghadiri program sektor ini, pasti saya terpesona dengan solidarity guru-guru. Terdahulu program bersama Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas (GPK) bertemakan warna Ungu. Kali ini SPSPK memilih warna Kuning yang melambangkan kesatuan antara sekolah, PPD dan JPNT.”

- Timbalan Pengarah Pendidikan

 

Program ini merangkumi beberapa slot khas yang memberi pendedahan berkaitan tugas dan tanggungjawab guru pemulihan khas, Pembelajaran Abad 21 (PA21) serta  taklimat berkaitan kebajikan guru yang disampaikan oleh YGMB. Di antara ahli panel yang terlibat dalam menjayakan program ini ialah Puan Ketua Sektor, Puan Hjh Wan Salmah Bt Wan Hamat, Encik Kamaruzaman bin Ismail, Dato’ Wan Munadi bin Wan Mamat serta undangan khas, Pengerusi YGMB, Tan Sri Dato’ Hj Alimuddin bin Mohd Dom.

            Kehadiran Tuan Timbalan Pengarah Pendidikan, Tuan Haji Matsor bin Ismail, mewakili Tuan Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu memeriahkan lagi keadaan apabila menyempurnakan majlis penutup program tersebut yang telah berakhir pada jam 5.00 petang.

 

Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Jalan Bukit Kecil,20604 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.
Tel : 09-6213000. Faks : 09-6238415. Emel : jpnt@moe.gov.my
Web site : http://jpnterengganu.moe.gov.my
Terima kasih kerana mengunjungi Laman Web JPNT
JPN Terengganu tidak bertanggungjawab bagi apa - apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana - mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini

Webmaster Login