Khamis, April 18, 2019
RizVN Login

SHAFRUDDIN ALI

KUALA TERENGGANU - Senaman muka tiga minit, latihan CPR kepada semua pelajar dan latihan berenang merupakan antara 22 saranan dan program yang akan dilaksanakan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) sepanjang tahun 2019 dalam menjadikan Terengganu terbaik dalam pendidikan Anjung Ilmu.

Pengarahnya, Shafruddin Ali Hussin berkata, daripada jumlah itu, sebahagiannya sudah mula dilaksanakan secara berperingkat sejak tahun 2015, namun ia ditambah baik sesuai dengan keadaan semasa.

Menurutnya, antara program yang telah berjalan ialah membaca al-Quran, namun ia ditambah baik dengan melaksanakannya setiap hari dan pada setiap hari Khamis, pelajar akan membaca surah Yasin.

“Kita hendak sediakan pelajar yang kuat ‘dalaman’ supaya mereka boleh tangani apa sahaja yang berlaku dengan baik sebab mereka meletakkan agama sebagai asas dalam kehidupan mereka.

“Seiring dengan keperluan, kita akan mengadakan latihan CPR kepada semua murid. Ada sebahagian guru yang telah diberikan latihan dan mereka bertanggungjawab untuk mengajar pula kepada pelajar, sebagai latihan asas.

“Secara tidak langsung, mereka tahu bagaimana cara untuk melakukan CPR dan boleh membantu nyawa orang lain jika berlaku kecemasan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Antara program lain yang akan dilaksanakan ialah memasukkan solat dhuha dan Zohor dalam jadual waktu, menghafal surah dengan betul untuk semua SMKA/SABK/Elit/Premier/SBP dan memastikan mereka 100 peratus tahu rukun solat dan amalkannya. - SINAR HARIAN

Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Jalan Bukit Kecil,20604 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.
Tel : 09-6213000. Faks : 09-6238415. Emel : jpnt@moe.gov.my
Web site : http://jpnterengganu.moe.gov.my
Terima kasih kerana mengunjungi Laman Web JPNT
JPN Terengganu tidak bertanggungjawab bagi apa - apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana - mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini

Webmaster Login