Khamis, Oktober 24, 2019
RizVN Login


Muhammad Syukur diraikan selepas menerima Anugerah Pelajar Unggul Daerah Kuala Terengganu -Foto Ghazali Kori

 

KEAZAMAN pengembala cilik, Syukur Khamis terus mendapat perhatian apabila menerima Anugerah Pelajar Unggul Peringkat Daerah Kuala Terengganu.

Sifatnya yang ramah bukan saja dengan rakan malah terhadap haiwan peliharaan bapanya dianggap satu dalam sejuta hingga melayakkan pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Padang Midin itu menerima anugerah berkenaan.

Menurut anak bongsu daripada lapan beradik itu, dia tidak pernah menyangka akan mendapat perhatian sebegini namun berharap dapat menjadi contoh kepada rakan-rakan lain.

Katanya, dia amat berterima kasih kepada semua pihak terutamanya cikgu di sekolahnya kerana ini adalah kali pertama dia menerima anugerah sebegini.

"Saya amat terharu dengan penghargaan sebegini dan tak sangka akan mendapat perhatian sebegini. Terima kasih kepada semua pihak terutamanya cikgu yang mengajar saya," katanya ketika ditemui di Kuala Terengganu, hari ini.

Sementara itu, Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Terengganu, Jelani Sulong, berkata, Syukur menepati semua kriteria yang dikatakan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik iaitu kasih sayang, hormat, kebahagiaan dan kemanusiaan.

"Justeru, berdasarkan kriteria itu, kita berbesar hati untuk menganugerahkan dia dengan anugerah ini sekali gus dapat menjadi pemangkin kepadanya dan rakan-rakan untuk meneruskan nilai-nilai murni ini dalam kehidupan seharian mereka," katanya.

Pengembala kecil yang mendapat jolokan sebagai 'Mowgli Malaysia' itu menjadi tular di media sosial selepas gambarnya bersama kerbau peliharaan bapanya menerima anugerah peringkat antarabangsa sehingga disenaraikan dalam 20 gambar terbaik dunia. -Harian Metro

 

Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Jalan Bukit Kecil,20604 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.
Tel : 09-6213000. Faks : 09-6238415. Emel : jpnt@moe.gov.my
Web site : http://jpnterengganu.moe.gov.my
Terima kasih kerana mengunjungi Laman Web JPNT
JPN Terengganu tidak bertanggungjawab bagi apa - apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana - mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini

Webmaster Login