Khamis, September 19, 2019
RizVN Login

CALON UPSR Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1 menikmati jamuan selepas selesai menjawab Kertas Bahasa Melayu-Pemahaman. - Foto Rozainah Zakaria 

KUALA TERENGGANU: Seramai 20,619 calon menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) membabitkan sebanyak 375 pusat peperiksaan di negeri ini bermula hari ini.

Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri, Matsor Ismail, berkata daripada jumlah itu, seramai 19,795 calon Sekolah Kebangsaan (SK) menduduki UPSR manakala 320 murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan seramai 504 calon Sekolah Rendah Swasta yang akan menduduki peperiksaan itu.

“Jumlah calon tertinggi yang akan menduduki UPSR ialah di Kuala Terengganu iaitu seramai 4,269 calon manakala Setiu mencatatkan jumlah calon paling sedikit iaitu seramai 1,211 orang.

“Sementara itu, tujuh calon UPSR di negeri ini terpaksa menduduki UPSR di hospital iaitu empat calon di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Hospital Pakar Kuala Terengganu (satu orang) dan Hospital Besut (dua orang),” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, di Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Sulaiman 1 di sini, seramai 224 calon menduduki UPSR.

Guru Besar SK Sultan Sulaiman 1, Mohamad Kabidi Mohamad, berkata Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) melakukan insiatif dengan memberi peruntukan untuk penyediaan makan dan minum sepanjang hari peperiksaan.

“Inisiatif ini bagi memastikan pelajar yang menduduki UPSR mendapat nutrisi yang baik seterusnya mengelakkan daripada perut kosong yang boleh mengganggu mereka ketika menjawab peperiksaan.

“Selain itu, sebelum menjawab menduduki peperiksaan juga, pelajar akan diberi taklimat ringkas oleh guru yang berkenaan sebagai peringatan sebelum menjawab kertas ujian,” katanya.

Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Jalan Bukit Kecil,20604 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.
Tel : 09-6213000. Faks : 09-6238415. Emel : jpnt@moe.gov.my
Web site : http://jpnterengganu.moe.gov.my
Terima kasih kerana mengunjungi Laman Web JPNT
JPN Terengganu tidak bertanggungjawab bagi apa - apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana - mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini

Webmaster Login