Khamis, September 19, 2019
RizVN Login

Adalah dimaklumkan bahawa data murid di dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) adalah merupakan satu pengkalan data tunggal murid yang digunakan oleh semua aplikasi yang berasaskan data murid di Kementerian Pendidikan Malaysia. Sehubungan dengan itu, semua sekolah hendaklah melaksanakan tindakan berikut bagi sesi tahun persekolahan 2019 iaitu:

1. Menyemak dan mengemaskini maklumat kelas mengikut aliran dan bidang seperti yang telah diluluskan dalam Anggaran Belanja Mengurus Perjawatan;

2. Memastikan nama, status kewarganegaraan, kaum, agama dan jantina murid adalah betul seperti dalam dokumen yang telah disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara;

3. Mengemaskini maklumat Penjaga Utama dan Penjaga Kedua yang meliputi maklumat pendapatan, pekerjaan, nombor telefon dan alamat rumah;

4. Mengemaskini maklumat bayaran fi dan surat kebenaran belajar bagi murid BUKAN WARGANEGARA;

5. Melaksanakan pemindahan murid mengikut kelas sebenar selepas proses pemindahan kelas dibuat secara automatik oleh sistem APDM bermula 21 hingga 27 Disember 2018;

6. Memastikan bilangan enrolmen murid bagi setiap kelas adalah tepat dan betul setelah penetapan kelas sebenar dilakukan oleh sekolah;

7. Mengesahkan semua data dan maklumat murid sebelum 15 Januari 2019.

Semua proses pengemaskinian ini perlu dilakukan sebelum 15 November 2018 dan kali kedua selepas pemindahan kelas sebenar pada atau sebelum 15 Januari 2019.

Kegagalan pihak sekolah melaksanakan pengemaskinian ini akan menyebabkan gangguan pada aplikasi-aplikasi lain seperti sistem permohonan sekolah atau kolej dan pendaftaran pepriksaan awam.

 

(sumber : KPM. 100-11/2/2 Jld5 (46) bertarikh 1 November 2018)

 

Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Jalan Bukit Kecil,20604 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.
Tel : 09-6213000. Faks : 09-6238415. Emel : jpnt@moe.gov.my
Web site : http://jpnterengganu.moe.gov.my
Terima kasih kerana mengunjungi Laman Web JPNT
JPN Terengganu tidak bertanggungjawab bagi apa - apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana - mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini

Webmaster Login