Khamis, September 19, 2019
RizVN Login
Permohonan Kemasukan Murid Tingkatan Satu Sesi Persekolahan Tahun 2019 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Kelas Aliran Agama(KAA), Kelas Rancangan Khas (Sekolah Elit/Sekolah Premier/Kelas Premier/KRK) secara atas talian telah diadakan pada 20 September 2018 hingga 31 Oktober 2018 melalui sekolah masing-masing menerusi Modul KRK, APDM.

Bagi murid tahun enam sesi persekolahan tahun 2018 yang berminat dan tidak memohon secara atas talian, boleh mendapatkan borang permohonan di Sektor Pengurusan Sekolah (permohonan Sekolah Elit/Sekolah Premier/Kelas Premier/KRK) dan Sektor Pendidikan Islam (permohonan SMKA dan KAA) atau PPD yang berhampiran mulai 29 November 2018.

Pemohon juga boleh memuat turun borang permohonan melalui pautan yang disediakan.

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar di PPD yang berhampiran sebelum atau pada 6 Disember 2018.

Bersama-sama ini juga disertakan syarat kemasukan untuk rujukan pemohon.
  
Muatturun
SYARAT KEMASUKAN KE SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA, KELAS RANCANGAN KHAS DAN KELAS ALIRAN AGAMA SESI 2019

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi di talian berikut:
Sektor Pendidikan Islam 09-6213324/6314909/6213365
Sektor Pengurusan Sekolah
09-6213128/6213107/6213067/6213239

Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Jalan Bukit Kecil,20604 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.
Tel : 09-6213000. Faks : 09-6238415. Emel : jpnt@moe.gov.my
Web site : http://jpnterengganu.moe.gov.my
Terima kasih kerana mengunjungi Laman Web JPNT
JPN Terengganu tidak bertanggungjawab bagi apa - apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana - mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini

Webmaster Login