Rabu, Ogos 21, 2019
RizVN Login

PERUTUSAN PENGARAH


 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh  dan salam sejahtera

Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT atas limpah izin-Nya diberi kesempatan kepada saya untuk bersama-sama dengan warga Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu untuk membangunkan laman web JPN Terengganu.  Ini merupakan bukti komitmen JPNT yang tidak jemu-jemu  untuk mempromosi dan menyebarkan dasar, program dan inisiatif kepada semua lapisan masyarakat.

Laman web merupakan gerbang utama penyampaian maklumat dan perkhidmatan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu  khasnya kepada  warga pendidikan negeri Terengganu.  Laman web yang baharu ini akan lebih mesra pelanggan dan penuh berinformasi.  Pelanggan berhak  memperoleh maklumat dan perkhidmatan terkini serta isu-isu semasa dengan cepat dan tersusun.

Laman web sentiasa menonjolkan paparan maklumat yang  terkini di samping menyimpan bahan-bahan arkib yang  mampu dijadikan  rujukan.   Kita bertekad untuk menjadikan laman web JPN Terengganu sebagai salah satu laman web yang sentiasa dilayari oleh pelanggan.

Seiring dengan Prinsip Transformasi Terengganu Baharu (TTB), fokus utama slogan Memperkasakan Transformasi Pendidikan (MTP) adalah usaha untuk menyokong dan menjayakan pelaksanaan Transformasi Pendidikan Kebangsaan yang telah dihasratkan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Pelaksanaan enam fokus utama MTP, secara tidak langsung akan melestarikan kecemerlangan pendidikan negeri Terengganu sebagai “ Negeri Anjung Ilmu “ ;

  1. Transformasi PdP
  2. Transformasi Kemenjadian Murid
  3. Transformasi Guru
  4. Transformasi PGB
  5. Transformasi Sekolah
  6. Transformasi JPNT/PPD

Maka dalam hubungan inilah, peri pentingnya JPNT akan memastikan agar laman web yang diwujudkan ini memenuhi citarasa pelanggan.  Ketepatan dan kesahihan maklumat sentiasa dipelihara.

Dengan adanya laman web rasmi ini,  kami mengalu-alukan sokongan anda semua pihak dan  JPNT akan sedaya upaya mengamalkan budaya maklum balas segera melalui saluran rasmi dan media sosial.

Akhir kata, apa sahaja usaha dan perancangan yang  dilakukan,  kami mengharapkan penghujung yang efektif antara Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dengan pelanggan.

Usaha yang hebat akan membuahkan hasil yang hebat.

 

HAJI SHAFRUDDIN BIN HAJI ALI HUSSIN P.J.C., P.J.K

Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu

Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Jalan Bukit Kecil,20604 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.
Tel : 09-6213000. Faks : 09-6238415. Emel : jpnt@moe.gov.my
Web site : http://jpnterengganu.moe.gov.my
Terima kasih kerana mengunjungi Laman Web JPNT
JPN Terengganu tidak bertanggungjawab bagi apa - apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana - mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini

Webmaster Login