Assalam­mualaikum wbt.

 

              Bersyukur ke hadrat Illahi ker­ana kini Peja­bat Pen­didikan Daerah telah melangkah seta­pak lagi ke era teknologi mak­lumat den­gan terbinanya laman web ini. Salah satu has­rat Peja­bat Pen­didikan Daerah ialah mem­beri cabaran kepada kita semua untuk men­erokai pel­ba­gai teknologi yang sedia ada den­gan mem­perke­nalkan laman inter­ak­tif. Den­gan terbinanya laman web ini, sedikit sebanyak kita telah ber­jaya mere­al­isas­ikan has­rat terse­but. Saya amat berharap den­gan adanya laman web ini akan memu­dahkan kita untuk melak­sanakan tugas dan tang­gung­jawab kita bagi melahirkan insan yang cemer­lang, gemi­lang, dan ter­bilang. Saya juga berharap kepada semua staff, pegawai dan juga warga pen­didik di daerah ini khusus­nya agar dapat meman­faatkan kemu­da­han ini semak­si­mum yang mungkin.

              Inter­net meru­pakan rangka­ian kom­puter terbe­sar di dunia yang menghubungkan berjuta-
juta kom­puter dan seterus­nya dihubungkan kepada Inter­net. Man­akala Web meru­pakan rangkaian-rangkaian inter­net yang pal­ing cepat berkem­bang dan mem­bolehkan kita men­da­p­atkan mak­lumat yang ter­sim­pan pada tapak web terse­but di dalam Inter­net. Oleh itu, per­lu­lah kita mengikuti era teknologi mak­lumat den­gan melangkah ke era Inter­net. Den­gan terbinanya laman web Peja­bat Pen­didikan Daerah ini dihara­p­kan dapat dapat men­dorong warga pen­didik dan masyarakat umum men­eroka capa­ian yang lebih luas dan memu­dahkan proses pen­ga­jaran dan pem­be­la­jaran serta menghubungkan semua seko­lah di Daerah Dun­gun ini khusus­nya. Hara­pan saya dalam masa ter­dekat ini, seharus­nya semua seko­lah di daerah ini dapat menge­mask­ini laman web masing-masing. Akhir kata, saya men­doakan agar semua warga PPD dapat menyahut cabaran men­datang den­gan seman­gat yang kuat dan kesung­guhan untuk men­jana kece­mer­lan­gan bagi memarta­batkan pen­didikan negara bertaraf dunia. Semoga kece­mer­lan­gan itu men­jadi milik kita bersama.

Sekian, ter­ima kasih.

 

“Dun­gun CEMERLANG”

PEGAWAI PEN­DIDIKAN DAERAH DUNGUN

 

 

JSN Epic template designed by JoomlaShine.com