Sempena meraikan kemenangan umat Islam yang melaksanakan ibadat sepanjang bulan Ramadhan, PPD Dungun dengan besar hati telah mengadakan Hari Bersama Pelanggan 2015. Majlis yang meriah ini diadakan di perkarangan PPD Dungun pada 09 Ogos 2015 (Ahad) yang bermula pada jam 11.30pagi sehingga 2.30petang. Selain itu, majlis ini juga diserikan lagi dengan kunjungan jem­putan khas dan VVIP, JPNT, PPD, wakil dari­pada jabatan-jabatan Ker­a­jaan Daerah Dungun, NGO Daerah Dungun serta warga sekolah. DESSO Band daripada SMK Sultan Omar telah bekerjasama meriahkan lagi majlis dengan lagu-lagu yang bertemakan suasana Hari Raya.

 

 

JSN Epic template designed by JoomlaShine.com