Piagam Pelanggan
Kami warga Pejabat Pendidikan Daerah Dungun dengan penuh tekad dan iltizam
berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :
- Memastikan semua pelanggan dilayan dalam 30 minit pertama;
- Memastikan setiap aduan bermaklumat lengkap yang diterima dikeluarkan surat akuan terima kepada pengadu dalam tempoh 1 hari bekerja dari tarikh terima aduan dan memastikan surat jawapan hasil siasatan akan disampaikan kepada pengadu bermaklumat lengkap dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh disahkan;
- Memastikan permohonan pertukaran murid warga negara yang memenuhi syarat diproses dan diberikan keputusan dalam tempoh 3 hari bekerja;
- Memastikan surat pertukaran guru di dalam daerah dapat dikeluarkan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas mesyuarat panel;
- Memastikan keputusan peperiksaan awam diedarkan kepada sekolah pada hari keputusan dikeluarkan;
- Memastikan surat kelulusan permohonan bersekolah semula yang memenuhi syarat dikeluarkan dalam tempoh 3 hari bekerja;
- Memastikan bayaran kepada pembekal dijelaskan dalam tempoh 14 hari selepas dokumen lengkap diterima;
- Memastikan setiap laporan kerosakan di sekolah diambil tindakan pemeriksaan awal dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh terima aduan.