OBJEKTIF UNIT PENDIDIKAN SWASTA

  • memastikan pengurusan dan pelaksanaan Akta Pendidikan 1996 serta peraturan-peraturan yang dibuat bawahnya berjalan dengan licin dan lancar
  • melaksanakan Dasar Pendidikan Swasta selaras dengan Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan Negara
  • memastikan semua pengurusan pendaftaran IPS mematuhi peruntukan perundangan dan peraturan-peraturan yang dibuat dibawahnya
  • melaksanakan sistem penguatkuasaan dan pengawalseliaan yang cekap dan berkesan
  • memastikan infrastruktur dan prasarana IPS mempunyai kualiti, mematuhi piawai yang ditetapkan bagi menghasilkan pendidikan yang cemerlang
  • menjadikan Daerah Dungun sebagai pusat kecemerlangan pendidikan swasta yang menawarkan pendidikan yang berkualiti
     

 FUNGSI UNIT PENDIDIKAN SWASTA

  • Permohonan penubuhan institusi pendidikan swasta (Pusat Tuisyen, Pusat Kemahiran, Pusat Bahasa, Pusat Perkembangan, Tadika Swasta)
    Permohonan pembaharuan perakuan pendaftaran, permit mengajar dan permit mengelola/pekerja institusi pendidikan swasta
  • Permohonan pindah premis institusi pendidikan swasta
  • Permohonan pendaftaran sekolah swasta, sekolah ekspatriat & sekolah khas swasta
  • Permohonan permit mengajar bagi guru-guru sekolah swasta, sekolah ekspatriat, sekolah antarabangsa dan sekolah khas swasta
  • Khidmat nasihat/perunding unit pendidikan swasta
     

OBJEKTIF UNIT PENDIDIKAN KHAS

  • Memastikan setiap permohonan murid pendidikan khas yang telah disahkan sebagai boleh dididik dan menghadapi kesukaran sama ada dalam pembelajaran, pendengaran atau penglihatan melalui pemeriksaan oleh pengamal perubatan mendapat pendidikan formal prasekolah, rendah dan menengah selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Khas
  • Memastikan Program Pemulihan Khas dilaksanakan mengikut peraturan agar tahap penguasaan kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira dapat dipertingkatkan
  • Mewujudkan perkhidmatan profesionalisme yang efektif menerusi perancangan strategik dan pengurusan berkualiti untuk peningkatan kecemerlangan dalam kurikulum, ko-kurikulum dan sahsiah mengikut kategori keperluan khas agar potensi murid dan pelajar ini sentiasa dapat dipertingkatkan
  • Memastikan pentadbiran, kewangan serta pengajaran dan pembelajaran Program Pendidikan Khas Integrasi dan Program Pemulihan Khas dapat dilaksanakan dengan berkesan melalui pemantauan dan khidmat bantu secara berterusan
  • Melaksanakan usaha-usaha yang berterusan untuk membantu dan membimbing proses pengajaran dan pembelajaran melalui program kemajuan staf, ruang pembelajaran yang kondusif serta keselesaan fizikal dan kemudahan peralatan-peralatan mengajar
  • Memastikan anggaran belanja mengurus (ABM) Perjawatan dan Kewangan Program Pendidikan Khas Integrasi dan Program Pemulihan Khas dilaksanakan mengikut perancangan
  • Meningkatkan kesedaran di kalangan para professional pendidikan, kesihatan dan kebajikan serta ibu bapa dan masyarakat bahawa pendidikan untuk murid pendidikan khas adalah tanggungjawab bersama agar hasrat "Pendemokrasian Pendidikan" dan "Masyarakat Penyayang" dapat dihayati dan dilaksanakan
     

FUNGSI UNIT PENDIDIKAN KHAS

  • Menempatkan pelajar-pelajar berkeperluan khas di sekolah yang sesuai
  • Menyediakan pendidikan yang bersesuaian dan relevan kepada setiap murid berkeperluan khas
  • Memastikan kurikulum yang disarankan diaplikasikan dengan tepat
  • Memastikan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan bersesuaian dengan pelajar-pelajar
  • Menempatkan tenaga pengajar yang terlatih dan mencukupi

Unit Pendidikan Khas & Swasta

JSN Epic template designed by JoomlaShine.com