Pengenalan
Sektor pengurusan Sekolah adalah sektor yang bertanggung mentadbir, mengurus, menyelia dan memantau sekolah menengah dan rendah bantuan penuh, bantuan modal kerajaan serta sekolah-sekolah swasta. Sektor ini juga mengendali hal-hal berkenaan Pengetua, Guru Besar, pelajar/murid dan dan keceriaan sekolah bagi mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif seperti yang disarankan dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Objektif
· Mewujudkan pengurusan dan pentadbiran sekolah yang cekap, kemaskini, moden, dinamik, progresif dan penyayang.
· Mewujudkan suatu pentadbiran yang cekap, amanah, mesra, kemaskini dan bertanggungjawab –Mempertingkatkan prestasi pengurusan pentadbiran sekolah-sekolah rendah
· Membantu mempertingkatkan prestasi kurikulum dan kokurikulum sekolah sesuai dengan matlamat wawasan 2020
· Menyemai nilai-nilai murni dan moral yang tinggi di kalangan murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah
· Menyemai sifat yang berdidekasi, berkualiti dan peka di kalangan guru-guru sekolah rendah dan menengah.