1.0 LATAR BELAKANG

Kementerian Pelajaran Malaysia mula melaksanakan program pendidikan prasekolah annex pada tahun 1992, sebagai projek rintis berdasarkan keputusan Jemaah Menteri pada 18 Disember 1991 yang telah bersetuju mewujudkan sebanyak 1,131 buah kelas prasekolah. Sementara itu Mesyuarat Jemaah Menteri pada 6 Jun 2001 telah bersetuju supaya KPM meneruskan program peluasan prasekolah mulai tahun 2002. Sejak daripada itu peluasan prasekolah telah dijalankan dari semasa ke semasa mengikut dasar sedia ada, NKRA Pendidikan dan juga cadangan peluasan dalam RM Ke10.

 

2.0 DASAR PENDIDIKAN PRASEKOLAH

 

Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan bahawa Sistem Pendidikan Kebangsaan merangkumi Pendidikan Prasekolah, Pendidikan Rendah, Pendidikan Menengah, Pendidikan Lepas Menengah dan Pendidikan Tinggi. Menjadi tanggungjawab KPM untuk memberi perhatian yang serius kepada pembangunan pendidikan prasekolah di negara ini. Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan aspek-aspek penting mengenai prasekolah, iaitu penubuhan tadika, kuasa Menteri menubuh dan menyelenggara tadika, kurikulum prasekolah, bahasa pengantar, pengajaran Agama Islam dan sebagainya.

 

Dari segi pendemokrasian pendidikan, dasar yang khusus membolehkan kanak-kanak menikmati peluang pendidikan prasekolah tanpa mengira pendapatan keluarga, kawasan tempat tinggal dan kumpulan etnik termasuk kanak-kanak dengan keperluan pendidikan khas (Children With Special Education Needs).

 

Di antara prinsip-prinsip asas dasar ialah menyediakan kemudahan pendidikan prasekolah kepada kanak-kanak yang berumur antara 4 dan 6 tahun. Memastikan penggunaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Guru-guru prasekolah hendaklah mempunyai latihan dalam bidang pendidikan prasekolah. Memastikan kemudahan fizikal dan peralatan bersesuaian dan berkualiti dibekalkan. Satu mekanisma naziran dan penyeliaan dijalankan. Kerajaan juga memastikan semua institusi pendidikan prasekolah mematuhi Peraturan-Peraturan Pendidikan Prasekolah 1996 seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 24, Akta Pendidikan 1996.

 

3.0 KONSEP PENDIDIKAN PRASEKOLAH

 

Pendidikan Prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4+ hingga 6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum memasuki ke Tahun Satu.

 

4.0 MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAH

 

Pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.

 

5.0 OBJEKTIF PENDIDIKAN PRASEKOLAH

 

  • Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik,
  • Menggunakan Bahasa Melayu dengan betul dan memperkembangkan kemahiran berbahasa dan berkomunikasi,
  • Menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua,
  • Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian berasaskan ajaran agama,
  • Mempunyai kemahiran kognitif untuk berfikir dan menyelesaikan masalah,
  • Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial,
  • Mempunyai daya kreativiti dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya.
  • Menggunakan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil dengan betul untuk berkomunikasi di sekolah yang menggunakan bahasa pengantar Bahasa Cina dan Bahasa Tamil
  • Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam.

 

6.0 PEMILIHAN MURID

 

  • Syarat-syarat kemasukan murid ke kelas parsekolah adalah seperti Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. 2 Tahun 2012 - Hanya untuk Warganegara Malaysia sahaja dan dipilih menerusi JK Pemilihan.
  • Jawatankuasa Pemilihan murid dianggotai oleh Guru Besar, Penolong Kanan, Guru Prasekolah, Guru Tahap 1 dan 2, PPM dan seorang wakil komuniti.

 

7.0 JENIS-JENIS BANTUAN

 

  • Bantuan makan murid (RM1.80 sehari bagi Semenanjung / RM2.05 bagi Sabah, Sarawak dan Labuan. Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 8 Tahun 2012, Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Persekolahan Kepada Sekolah Berdasarkan Per Kapita Murid)
  • Peruntukan PCG Murid (RM100.00/ murid setahun)
  • Bantuan Kokurikulum (RM25.00/ murid setahun)
  • Bayaran Takaful (RM1.50/ murid setahun)

PEN­GU­RU­SAN KGSK

  • Mer­an­cang pengam­bi­lan ahli KGSK
  • Melak­sanakan penye­makan sta­tus per­mo­ho­nan KGSK
  • Men­jalankan sesi temuduga calon KGSK
  • Men­gu­rus pendaf­taran KGSK
  • Men­gu­rus penyalu­ran doku­men mak­lumat KGSK kepada sekolah
  • Men­gu­rus keper­luan Guru Ganti sekolah
  • Men­gu­rus rekod-​rekod doku­men ahli KGSK
  • Men­jalankan khid­mat kon­suli­tasi kepada ahli-​ahli KGSK
  • Mer­an­cang dan men­gu­rus pen­em­patan berkhid­mat ahli KGSK
  • Men­gawal doku­men dan rekod-​rekod ahli KGSK:

- rekod peribadi

- rekod lantikan

- rekod perkhidmatan

- rekod bayaran gaji

- rekod prestasi

  • Meman­tau per­lak­sanaan P&P ahli KGSK di sekolah-​sekolah
  • Meman­tau penye­di­aan doku­men pem­ba­yaran gaji sekolah
  • Men­gu­rus pena­matan perkhid­matan ahli KGSK
  • Men­gu­rus pelan­tikan sem­ula ahli KGSK
  • Mener­ima dan menye­le­saikan Aduan KGSK
  • Mer­an­cang Anggaran Belanja Men­gu­rus (ABM)
  • Mer­an­cang per­be­lan­jaan perun­tukan kewan­gan KGSK
  • Men­gu­rus per­mo­ho­nan GSTT mengikut keperluan
  • Menye­di­akan lapo­ran KGSK untuk PPD/​JPN/​Kementerian

ENCIK SHAM­SUL BAHRI BIN SHAFIE
PEN. PPD PEN­GU­RU­SAN SEKOLAH
KETUA
UNIT PEN­GU­RU­SAN SEKOLAH

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
098441355 samb 125

 

ENCIK BAHAMAN BIN MOHAMED NOOR
PEN. PPD PEN­GU­RU­SAN MURID
(MENEN­GAH)

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

098441355 samb 

ENCIK NAS­RAN BIN SALLEH
PEN. PPD KGSK/​GSTT/​GG

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
098441355 samb 131

 

ENCIK JOHARI BIN MOHAMAD NOR
PENYELIA KANAN PEN­GU­RU­SAN SEKOLAH

098441355 samb 107

MUSTAFA BIN ABD. RAHMAN
PENYELIA PEN­GU­RU­SAN SEKO­LAH RENDAH

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
098441355 samb 113

 

NOOR FAIZAH BINTI SIDEK
PENYELIA PEN­DIDIKAN KHAS & SWASTA
(PRASEKO­LAH)

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

098441355 samb 152

 

BELUM DIISI
PEGAWAI SIP+

 

TUAN YACOB BIN RAJA MOHAMAD
PEGAWAI SIP+

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

Pen­ge­nalan 

Sektor pen­gu­ru­san Seko­lah adalah sek­tor yang bertang­gung men­tad­bir, men­gu­rus, menyelia dan meman­tau seko­lah menen­gah dan ren­dah ban­tuan penuh, ban­tuan modal ker­a­jaan serta sekolah-
sekolah swasta. Sek­tor ini juga men­gen­dali hal-hal berke­naan Penge­tua, Guru Besar, pelajar/murid dan dan kece­ri­aan seko­lah bagi mewu­jud­kan suasana pen­ga­jaran dan pem­be­la­jaran yang kon­dusif seperti yang dis­arankan dalam Dasar Pen­didikan Kebangsaan.
 

Objek­tif

·         Mewu­jud­kan pen­gu­ru­san dan pen­tad­bi­ran seko­lah yang cekap, kemask­ini, moden, dinamik, pro­gre­sif dan penyayang.

·         Mewu­jud­kan suatu pen­tad­bi­ran yang cekap, amanah, mesra, kemask­ini dan bertang­gung­jawab –Mem­per­t­ingkatkan prestasi pen­gu­ru­san pen­tad­bi­ran sekolah-sekolah rendah

·         Mem­bantu mem­per­t­ingkatkan prestasi kuriku­lum dan kokuriku­lum seko­lah sesuai den­gan mat­la­mat wawasan 2020

·         Menye­mai nilai-nilai murni dan moral yang tinggi di kalan­gan murid seko­lah ren­dah dan pela­jar seko­lah menengah

·         Menye­mai sifat yang berdidekasi, berkual­iti dan peka di kalan­gan guru-guru seko­lah ren­dah dan menengah.

JSN Epic template designed by JoomlaShine.com