MAJLIS PELANCARAN GERAKAN MASSA : PENGHARGAAN TERIMA KASIH CIKGU
      PERINGKAT DAERAH KEMAMAN SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU TAHUN 2018

      18 April 2018 - Pejabat Pendidikan Daerah Kemaman telah mengadakan Majlis Pelancaran
      Gerakan Massa: Penghargaan Terima Kasih Cikgu sempena Sambutan Hari Guru Tahun 2018
      bertempat di Dewan SMK Sultan Ismail. Majlis disempurnakan oleh YB Dato' Seri Haji Ahmad bin
      Said, Ketua UMNO Bahagian Kemaman.
      Majlis ini dilaksanakan untuk menghargai segala jasa dan pengorbanan guru dalam mendidik
      anak-anak yang merupakan usaha murni pemuafakatan antaran ibu bapa dengan warga pendidik
      dalam mewujudkan ekosistem sekolah yang harmoni dan mesra. Terima Kasih Cikgu.

 

      SAMBUTAN HARI GURU 2018 : "FUN RIDE" PPD KEMAMAN
      13 April 2018 - Sempena Sambutan Hari Guru ke-47, Pejabat Pendidikan Daerah Kemaman telah
      menganjurkan program "Fun Ride" yang melibatkan sejumlah lebih kurang 200 orang peserta
      secara terbuka dan percuma. Pendaftaran bermula pada jam 7.30 pagi dengan dimulakan 
      ucapan Tuan Idris bin Bidin, Pegawai Pendidikan Daerah Kemaman dan pelepasan peserta oleh
      En. Jumali bin Mamat, Pengarah Urusan SFJ Maju Enterprise.  
      "Check Point" Pertama, dari PPD Kemaman ke Pasar Chukai dan diteruskan ke KG Paya
      Berenjut ke SMK Banggol. Di SMK Banggol, peserta diberikan makanan dan minuman. Ucapan
      terima kasih kepada Encik Abdullah bin Awang, Pengetua SMK Banggol.
      Perjalanan diteruskan melalui jalan Mak Lagam ke Binjai dan berhenti di Padang Binjai. "Check
      Point" Kedua, kayuhan diteruskan melalui Pasar Binjai ke Jalan Ayer Puteh dan PPD Kemaman.

    

     MAJLIS TADARUS AL-QURAN DAN FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH KPM
     PERINGKAT NEGERI TERENGGANU TAHUN 2018

     3 April 2018 - Majlis Tadarus Al-Quran dan Festival Nasyid Sekolah-sekolah telah diadakan di
     SK Sultan Sulaiman dan SK Sultan Sulaiman 2. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Haji
     A. Latiff bin Awang, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi
     Kerajaan Negeri.  
     Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang dalam kategori yang dipertandingkan. Antaranya
     ialah Umi Khalilah bt Azman (Johan Syarahan (P) - SMK Chukai), Hanissa bt Mohd Hanifah  
     (Naib Johan Tilawah (P) Ren- SK Seri Kemaman), Muhammad Waizuddin bin Mazlan (Naib 
     Johan Bercerita (L)- SK Seri Bandi), Nurul Asna bt Muhamad Fadzli (Naib Johan Bercerita   
     (P)-SK Binjai), Ahmad Naufal bin Ahmad Asro (Johan Tilawah Al-Quran Men (L)- SM Imtiaz 
     YT Kemaman), Muhammad Hisyam bin Abdul Rahim (Johan Syarahan (L)- SMK Seri  Bandi),
     Kumpulan Fortune (Naib Johan Nasyid  Menengah - SMK Mak Lagam).

    

     PELANCARAN BULAN DISIPLIN TAHUN 2018 DAERAH KEMAMAN
     1 April 2018 - Majlis Pelancaran Bulan Disiplin dan Motivasi Kehadiran telah diadakan di SMK Bukit
     Mentok bersama-sama YDP PIBG. Turut hadir Encik Mahzan bin Hamzah, Ketua Unit Pengurusan
     Pembangunan Kemanusiaan, PPD Kemaman dalam memberi motivasi kehadiran kepada 
     pelajar-pelajar yang kerap tidak hadir ke sekolah.

    

     MAJLIS PERASMIAN PENYERAHAN TABLET DAN APLIKASI TUTOR GURU DAN E-PAPER
     UTUSAN MALAYSIA KEPADA GURU-GURU SEKOLAH DAERAH KEMAMAN

     11 - 13 Mac 2018 - Majlis Perasmian Penyerahan Tablet telah diadakan di Dewan Hayaati Ilmi, 
     SM Imtiaz YT Kemaman. Pemberian tablet melibatkan seramai 3,326 orang guru sekolah
     menengah dan rendah daerah Kemaman. Majlis Penyerahan disempurnakan oleh YB Dato' Seri
     Haji Ahmad bin Said (Adun Kijal), YB Tn Hj Abdul Hakim bin Tan Seri Hj Wan Mokhtar (Adun Air
     Putih), dan YB IR Rosli bin Othman (Adun Kemasek). Tablet itu dilengkapi dengan aplikasi Tutor
     Guru dan e-Paper Utusan sebagai bahan bantuan mengajar serta pembelajaran guru-guru.

    

     MAJLIS ERAT MUHIBAH KEPIMPINAN PENDIDIKAN DAERAH KEMAMAN 2018
     07 Januari 2018 - Majlis Erat Muhibah Kepimpinan Pendidikan Daerah Kemaman 2018 bersama 
     YB Dato' Sri Haji Ahmad Shabery bin Cheek, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani  
     diiringi Tuan Idris bin Bidin, Pegawai Pendidikan Daerah Kemaman dan Tuan Haji Abdul Rahman
     bin Kadir, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kemaman.
     Majlis ini diadakan di Bilik Mesyuarat Zamrud, PPD Kemaman dan turut dihadiri oleh YB Tuan Haji
     Wan Abdul Hakim bin Tan Sri Wan Mokhtar, Adun Air Putih, Pengetua dan Guru Besar.

     

     MAJLIS PERASMIAN FROG VLE CLASSROOM
     03 Oktober 2017 - Majlis perasmian Frog VLE Classroom di Asrama SMK Badrul Alam Shah telah
     disempurnakan oleh Tuan Haji Shafruddin bin Haji Ali Hussin, Pengarah Pendidikan Negeri
     Terengganu diiringi Tuan Idris bin Bidin, Pegawai Pendidikan Daerah Kemaman dan Tuan Haji
     Abdul Rahman bin Kadir, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kemaman.
     SMK Badrul Alam Shah merupakan sekolah pertama di Terengganu yang mewujudkan makmal
     persekitaran pembelajaran maya atau Virtual Learning Environment (Frog VLE) di asrama.
     Kewujudan makmal Frog VLE di asrama ditaja oleh Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru
     (PIBG) SMK Badrul Alam Shah sendiri dengan menelan belanja kira-kira RM15,000 untuk
     disiapkan sepenuhnya dan dilengkapi sebanyak kira-kira 20 unit netbook.

 
 
 
                                                                                                        Lihat Berita Selanjutnya >>>

 

There are no articles in this category. If subcategories display on this page, they may contain articles.

joomla background image module

                              

IKRAR PERKHIDMATAN AWAM : Kami yang telah dilantik berkhidmat dengan kerajaan Malaysia membuat ikrar di sini bahawa semasa dan selagi kami berkhidmat dengan Kerajaan, kami akan patuh dengan mengamalkan teras-teras perkhidmatan semasa menjalankan tugas. Ke arah ini kami: i. Berazam meningkatkan mutu perkhidmatan; ii. Bekerja dengan penuh tanggungjawab; iii. Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri; iv. Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan; v. Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara; vi. Bekerjasama dalam membanteras kelemahan dan musuh-musuh negara; dan vii. Berpegang teguh kepada ajaran agama.
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN- Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
1. Pandai solat 2. Pandai Al-Quran 3. Pandai komputer 4. Mempunyai keyakinan dan harga diri yang tinggi 5. Mengamalkan budaya menarik 6. Berkemahiran berbahasa Melayu dan berbahasa Inggeris 7. Sanggup berhijrah demi kerjaya 8. Berani menceburkan diri dalam kerjaya yang mencabar 9. Menjawat jawatan tinggi dalam perkhidmatan awam dan swasta di peringkat pusat dan antarabangsa.
Free Joomla Tabs Component
Trendy:

 

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KEMAMAN Batu 2 ½, Jalan Air Putih, 24000 Kemaman, Terengganu, Malaysia Tel : 09-8591633 Faks : 09-8594693  Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. Web site : http://jpnterengganu.moe.gov.my/ppdkemaman

Terima kasih kerana mengunjungi Laman Web Pejabat Pendidikan Daerah Kemaman
Pejabat Pendidikan Daerah Kemaman tidak bertanggungjawab bagi apa - apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana - mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

(sesuai dilayari dengan menggunakan Web Browser Mozilla Firefox dengan resolusi 1366 x 768 dan ke atas)

© Hakcipta terpelihara PPD Kemaman 2015. Designed by Pejabat Pendidikan Daerah Kemaman