Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, saya bersyukur kerana diberikan kesempatan untuk memcoretkan sepatah dua kata dalam laman web rasmi Pejabat Pendidikan Daerah Setiu ini.

Dengan terbinanya laman interaktif ini, Pejabat Pendidikan Daerah Setiu telah melangkah setapak lagi ke era teknologi maklumat. Dengan adanya laman web Pejabat Pendidikan Daerah Setiu ini diharapkan dapat membantu warga pendidik dan masyarakat umum dalam proses mencari maklumat serta dapat membantu pihak sekolah berhubung antara satu dengan yang lain.

Saya juga berharap dengan adanya laman web ini semua program dan aktiviti akan dapat dijalankan dengan lebih sistematik dan komprehensif, sekali gus ia dapat mempercepat transformasi pengurusan Pejabat Pendidikan Daerah Setiu dengan lebih mantap dan berkesan, terutama dalam usaha untuk membangunkan modal insan yang cemerlang, gemilang, dan terbilang.

Dengan ini diharapkan semua pegawai, kumpulan pelaksana, dan juga warga pendidik di daerah ini akan menjadikan laman web ini sebagai tempat berkolaboratif dan alat penyampai maklumat yang berkesan dalam menjalankan tugas harian kita.

Akhir kata, saya berharap dengan wujudnya laman web ini akan memberikan lebih peluang kepada pegawai dan warga pendidik di Daerah Setiu agar mereka dapat bekerja secara kolaboratif melalui maklumat yang disampaikan melalui portal ini. Saya juga mengharapkan kerjasama, kesedian, dan kesanggupan daripada semua untuk memikul dan melaksanakan tugas dengan bersungguh-sungguh bersesuai dengan moto Pejabat Pendidikan Daerah Setiu iaitu “Menjejak Kualiti, Menjanakan Kecemerlangan, Setiu Sohor, Berasaskan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

Sekian, terima kasih.

 

HAJI MOHD YASMIN BIN YUSOF
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Setiu
Terengganu

 

Pautan Utama
Joomla templates by Joomlashine